Thursday, 24 January 2013

Kem Induksi Majlis Pemimpin Pelajar





Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah membantu kami dalam menjayakan program pertama kami pada tahun 2013 ini iaitu Kem Induksi . 

Kem Induksi ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara para pemimpin pelajar yang lama mahupun yang baru dilantik pada tahun 2013 ini . Selain itu , ianya juga bertujuan untuk memberitahu tugas-tugas biro masing-masing kepada ahli-ahli lama dan baru . 

Kem Induksi ini diadakan pada 10 & 11 Januari 2013 bertempat di Asrama SMK Dato Ahmad Maher . Kem ini bermula tepat jam 3.30 di Dewan Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid . Seperti biasa , kem ini dimulakan dgn sesi pendaftaran . Selesai pedaftaran , tiba sesi taklimat pula yang diberikan oleh Ketua Pemimpin Pelajar kita iaitu Naif Akhtar b. Zailan kepada ahli-ahli pemimpin pelajar . Kemudian , kami bergerak ke masjid sekolah untuk solar asar berjemaah . Sesudah solat asar berjemaah , kami menyediakan beberapa permainan untuk mengisi masa yang terluang . 

Sesudah kepenatan bermain , kami memberi peluang kpd mereka untuk naik ke dalam bilik masing-masing untuk mengurus diri dan kemudian berkumpul semula di masjid sekolah untuk solat maghrib berjemaah . Kemudian , kami berkumpul di Dewan Raja Abdullah untuk slot seterusnya iaitu 'Brain Wash' dan 'Pengenalan Biro' .





Pada hari kedua , kami bangun pada pukul 5.30 dan mengadakan solat subuh berjemaah di masjid sekolah . Seterusnya , kami mulakan aktiviti kami pada hari kedua dengan mengadakan senam robik supaya tiada kekejangan otot semasa ber-explorace. 





Sesudah ber-explorace , seperti biasa , kaum adam akan bergerak ke masjid untuk menunaikan solat jumaat di masjid paya rambai . Manakala untuk kaum hawa akan bersembahyang di masjid sekolah secara sendiri . Kemudian , berlangsungnya sesi perasmian oleh pengetua SMK DAM iaitu pn Hjh Che Ragayah bt Mohamad . Selepas selesai majlis perasmian tersebut , maka tamatlah sudah Kem Induksi MPP Maher 2013 . 


Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher





  1. Ditubuhkan pada 01/05/1985 oleh Tan Sri Dato' Dr. Wan Muhd Zahid bin Mohd Nordin , iaitu Pengarah Pendidikan Kelantan ketika itu .
  2. Sehingga tahun 1991 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Jalan Bayam .
  3. Mulai tahun 1992 , nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher (SMK DAM) . 
  4. Pada tahun 1992 , SMK DAM menjadi sekolah kawalan JPN . 
  5. Pada tahun 1996 , sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 14 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk projek Pusat Sumber elektronik (PSE) atau dikenali juga dengan projek 'Rangkaian Munsyi' anjuran bersama Jabatan Telekom Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia .
  6. Sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Gred A mulai 1 Februari 1998 . 
  7. Pada tahun 1999 , SMK DAM telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 88 buah sekolah di seluruh negara untuk menjalani program Sekolah Rintis Bestari . 
  8. Mulai 2002 , SMK DAM telah menawarkan pengajian pada peringkat 6 Bawah aliran Kemanusiaan . 
  9. Pada April 2008 , SMK DAM diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Harian . 

Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia 2008