Wednesday, 20 March 2013

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2013

Alhamdulillah , sekali lagi kita bertemu . sudah sekian lama tidak meng-update-kan blog ni :D 
Majlis yg seterusnya ialah Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2013 .
Majlis ini diadakan bermatlamat untuk memperkenalkan budaya-budaya Maher kepada para pelajar tingakatan 1.
Majlis ini diadakan pada 13/1/13 bermula jam 8 pagi hingga jam 10 pagi . 
Sebagai permulaan majlis , bonda kita telah memberikan ucapan kepada anakanda yang baru sahaja dalam proses mengenali bumi maher . 

 Dalam ucapan beliau , bonda kita juga telah menanyakan serba sedikit tentang perasaan pelajar-pelajar tingkatan 1 setelah berjaya memasuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher .
 Selesai memberikan ucapan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 , tiba pula sesi pengambaran bersama bonda pengetua dan foto di bawah ini merupakan hasilnya . 

Setelah selesai majlis , para pelajar tingkatan 1 telah dibahagikan kepada beberapa kelas oleh guru penyelaras tingkatan 1 iaitu puan Umi Zalawati . Maka bermulalah perjalanan hidup mereka menuju kejayaan di bumi Maher .